​KHASIAT BUAH NAGA UNTUK KESIHATAN


1. Sumber Vitamin C
Buah naga kaya dengan vitamin C yang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan. Buah naga yang dikeringkan terbukti mengandung 10 kali lebih banyak vitamin C yang diperlukan badan.

2. Sumber Vitamin B1 (tiamin)

Vitamin lain dalam buah naga adalah Vitamin B1 atau tiamin. Fungsinya untuk memproses karbohidrat dengan pantas dan menghasilkan tenaga untuk badan.

3. Sumber Vitamin B3 (niacin)

Buah naga mampu menurunkan kolesterol kerana kandungan vitamin B3 atau niasin di dalamnya. Vitamin ini juga mampu membuat kulit halus dan bercahaya secara semulakadi dari dalam.

4. Sumber Vitamin B12

Kandungan vitamin B12 membuat buah ini menjadi perangsang nafsu makan yang baik. Terutama bagi orang-orang yang sedang dalam masa penyembuhan, buah naga sangat dianjurkan untuk dikonsumsi.

5. Kaya Serat

Buah naga mengandung serat yang cukup tinggi, sehingga berkhasiat untuk mengatasi beberapa masalah pencernaan seperti sembelit atau susah buang air besar.

6. Kaya Mineral

Mineral yang terkandung dalam buah naga adalah fosfor dan kalsium. Keduanya memiliki peranan dalam pembentukan tulang, gigi, dan perkembangan sel.

7. Kandungan Antioksida

Buah naga merupakan sumber antioksidan yang baik untuk mencegah dari serangan radikal bebas yang menyebabkan kanser dan masalah kesihatan yang lain.

8. Kandungan Protein

Protein merupakan nutrisi penting yang diperlukan oleh badan untuk membentuk hormon, enzim, dan sebatian lain. Jagalah kadar protein dalam tubuh dengan amalan secara teratur buah.

9. Rendah lemak

Biji-biji kecil dalam buah naga merupakan lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan sebab menambah kolesterol baik dan menghilangkan kolesterol jahat.

10. Mengawal gula dalam darah

Bagi pengidap lencing manis, amalkan buah naga untuk mengawal gula dalam darah agar tetap seimbang.

11. Menurunkan tekanan darah

Amalan makan buah naga mampu mengembalikan tingkat hipertensi seseorang menjadi normal. Baik bagi yang berisiko terkena serangan jantung dan stroke.

12. Meneutralkan toxin

Racun/toxin dalam tubuh seperti merkuri, arsen, dan lain-lain, membahayakan kesehatan. Namun, semua racun dalam tersebut dapat dineutralkan dengan amalan makan buah naga.

13. Baik untuk kesihatan mata

Mengandung karoten yang membantu menjaga kesehatan mata dan memperbaiki penglihatan.

14. Menurunkan berat badan

Makan buah naga sebagai makanan ringan hari-hari. Dengan amalan beberapa bulan, anda akan melihat badan anda terlihat ramping dan ideal.

15. Mengubati asma

Batuk dan asma, beberapa gangguan pernafasan yang sering menyerang anak-anak dan orang dewasa. Kurangkan risikonya menagna amalan buah naga.

Selamat mengamalkan

Jika Kamu Memberi

Dikisahkan bahawa seorang guru yang alim berjalan-jalan bersama salah seorang anak muridnya, menyusuri ladang. 

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang. Kasut itu dipercayai milik lelaki fakir yang bekerja di salah sebuah ladang yang berdekatan, yang akan selesai bekerja sebentar lagi dan datang untuk mengambil kasutnya. 
Lalu berkatalah murid itu kepada gurunya:

“Apa pendapat tuan jika kita usik tukang kebun ini dengan menyembunyikan kasutnya? Ketika dia datang untuk memakainya, dia tidak menemukannya. Mari kita lihat bagaimana reaksinya!”
Guru yang alim dan mulia itu menjawab:

“Anakku, tidak patut kita berseronok dengan kesedihan orang lain. Wahai anakku, kamu seorang yang kaya, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk dirimu dan si fakir itu dengan memasukkan beberapa keping wang ke dalam kasutnya dan kamu bersembunyi supaya dapat menyaksikan bagaimana kesannya kepada pekerja itu.”
Murid itu terpegun dengan usulan gurunya, dan dia pun meletakkan beberapa keping wang ke dalam kasut pekerja itu. Kemudian dia dan gurunya bersembunyi di sebalik pepohonan  untuk melihat respon pekerja yang fakir itu.  
Selang beberapa minit, datanglah pekerja yang fakir dengan berpakaian usang selepas menyelesaikan pekerjaannya di kebun tersebut untuk mengambil kasutnya.  
Ketika dia memasukkan kakinya ke dalam kasut, dia terkejut kerana merasa ada sesuatu di dalamnya. Ketika dia mengeluarkan benda tersebut, dia mendapati ada kepingan wang !!

Dia melakukan perkara yang sama kepada kasut yang sebelah lagi, dan dia menemukan ada wang juga… 

Dia menatap wang itu berulang kali, untuk memastikan dia bukan bermimpi … 

Kemudian dia melihat ke setiap arah, namun tiada sesiapa pun di sekelilingnya!!! 
Diletaknya wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut seraya memandang ke langit sambil menangis dan kemudian dia berteriak dengan suara yang tinggi, bermunajat kepada Tuhannya:

“Aku bersyukur kepada-Mu, wahai Tuhanku. Wahai yang mengetahui bahawa isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum mendapatkan roti. Engkau telah menyelamatkan aku dan anak-anakku daripada kebinasaan.” 

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah. 
Murid tadi, sangat terkesan dengan apa yang dilihat. Air matanya berlinangan…
Guru yang mulia terus bersuara: 

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia daripada jika kamu melakukan usulan pertama kamu untuk menyembunyikan kasut itu?”
Murid itu menjawab,

“Sesungguhnya tuan telah mengajar saya satu pelajaran yang tidak akan mungkin saya lupakan seumur hidup saya. Sekarang saya baru faham makna kalimah yang dulu belum saya fahami sepanjang hidup saya:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil”.
Gurunya pun berkata kepadanya:

“Sekarang ketahuilah wahai anakku bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas.

• Mendoakan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian.
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!

Sungguh menakjubkan saya maka saya kirimkan kepadamu. Kongsikanlah dengan yang lain semoga bermanfaat.  

والله اعلم

Just On Time

Terbaca satu tazkirah yang sangat baik untuk dikongsikan kpd kita semua.. 👇

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.
Ada yang masih single.
Ada kawin 20 ribu belanja,sebulan dah berpisah.

Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.

Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita ‘tertinggal’ hanya bila nampak orang lain lebih berjaya. Masa kita belum sampai.

Obama retired at 55, tapi Trump ‘bermula’ pada umur 70.

Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.

Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang ‘depan’ dari kita.
Tapi ada juga yang ‘belakang’ kita.

Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.

Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

​SURAT KEPADA SYURGA

Wahai Syurga,
Malunya aku setiap kali memberi salam di akhir sembahyang. Diriku malu sendiri di atas permohonanku kepada Allah untuk mendapatkanmu. Sedangkan aku sangat tahu dan sedar bahawa diriku amatlah tidak layak. Mana mungkin orang sejahat aku bisa memasukimu? Mana mungkin diri yang masih diselaputi dosa dan noda ini boleh duduk-duduk di dalammu. Sedangkan dosa-dosaku yang menggunung tinggi itu entah bilakan terampun! Taubatku masih penuh kepura-puraan. Walau sudah ku usahakan bertaubat atas taubatku yang palsu…
Wahai Jannatul Firdaus,

Khabarnya kau hanya menerima orang–orang yang memiliki hati yang selamat dan sejahtera, sedangkan hatiku amat kotor, penuh dengan karat-karat mazmumah. Pemarah, pemalas, ujub, ego, bangga diri, cinta dunia, takut mati, masih bersarang dalam hatiku ini. Entah bilakan terubat, aku pun tidak pasti. Sudah kupencakkan semuanya, namun ianya masih berbaki.
Oh Syurga,

Bagaimanakah caranya lagi untuk aku boleh menjejakimu? Engkau tentu amat menggamit para-para siddiqin, syuhada dan para muqarrobin untuk masuk ke dalammu. Lihatlah aku. Perjalananku untuk ke sana, amat terlalu jauh kurasakan. Tidak tergapai rasanya. Sedangkan Allah, Tuhan yang Maha Besar itu hanya menyediakan dua tempat kesudahan, Syurga atau Neraka. Oh tidak!
Ya Allah, tolong, kupohon RahmatMu. Kerana kutahu, manusia itu dicampakkan ke dalam Neraka kerana keadilanMu dan dimasukkan ke Syurga kerana RahmatMu.. RahmatMu jua yang kupinta..
*Dunia ini susah tapi Neraka amat azab. *Dunia ini indah, tapi Syurga amat lazat.